Sunday, October 4, 2009
SELAMAT BERTEMU KEMBALI!
Monday, July 20, 2009
DAKWAH TETAP DITERUSKAN!
Salam semua! Maaf, kerana lama rasanya saya tak kemaskini blog, memandangkan angin perubahan yang melanda baru-baru ini seakan tidak memberi ruang untuk saya menekan papan kekunci laptop ini. Alhamdulillah, pada 13 Julai lalu, saya telah memulakan tugas secara rasmi di Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Amanah yang diberikan adalah sebagai Pegawai Khas kepada Y.B. Dato' Hj. Abdul Halim Hussain, Speaker D.U.N. Pulau Pinang. Ya, memang suasananya lain dengan tempat kerja dulu, cabarannya juga lain, serta membuka beberapa peluang untuk membuat pembaharuan pada diri.
Memang berat untuk meninggalkan jawatan sebagai Setiausaha ABIM Pulau Pinang untuk berkhidmat di sini. Namun saya tetap berpegang kepada prinsip, bila umat memerlukan, saya akan cuba sedaya upaya memenuhi permintaan mereka. Jika dulu di dalam ABIM, kini pula di Dewan Undangan Negeri. Walau suasana berbeza, dari sebuah gerakan dakwah, terjun ke lapangan politik, saya akan teruskan agenda dakwah. Dakwah cara politik, politik yang Islamik dan merakyat. Bak kata Pak Natsir, " Berdakwah di Jalur Politik, Berpolitik di Jalur Dakwah. Yang akhirnya membawa kepada kesimpulan, dakwah dan politik, jangan terpisah.
Kepada emak di kampung, terima kasih yang tak terhingga atas doa yang tidak putus-putus untuk kejayaan hidup anakmu ini. Semoga dengan doa mak jugalah, saya mampu membina semula umat dan memimpin mereka suatu hari nanti. Amin...
Kepada sahabat-sahabat ABIM dan NGO Islam, doakan saya tabah, komited dan terus ikhlas untuk mempertahankan usaha yang saya bina selama ini untuk memberi yang terbaik untuk umat.
Akhir kata, saya tetap Syed Mikael Rizal Aidid yang anda semua kenal dulu, walau tiada lagi jaket ABIM dipakai, tiada lagi vest ABIM Volunteer yang disarung ke sana-sini,....namun komitmen saya, kesungguhan saya dan kebenaran yang dibawa, tidak akan sekali-kali berubah. Hanya untuk umat, dan hanya untuk rakyat, yang akhirnya membawa kita kembali ke pangkuan rahmatNYA.
Sunday, July 5, 2009
USRAH REMAJA TAMAN RUPAWAN (SIRI 6)
CERAMAH MOTIVASI DI SEMI AD-DINIAH
GAMBAR : Kenang2an bersama Ust.Latif & isteri (Pengetua SEMI Diniah), Ustaz Hasrul Dani, saya, isteri dan peserta2 perempuan
Tuesday, June 30, 2009
Remembering Michael Jackson A.K.A. Mikaeel
Wednesday, June 17, 2009
MUSTAQIM KINI 3 TAHUN
SYED IRFAN MUSTAQIM AIDID, tanggal 17 Jun 2009, genaplah 3 tahun dirimu dimanahkan oleh Allah buat Abah dan Umi...Semoga kehadiranmu, gelak tawamu serta kebijaksanaanmu akan terus menjadi halawatul iman buat kami..Salam sayang dari abah & umi!
Minat irfan yang mendalam terhadap dunia mesin dan kejuruteraan telah membuatkan saya menghadiahkannya dengan satu set mainan keretapi dan hadiah jengkaut tu pulak, adalah hadiah mak ngahnya...Apapun semoga irfan abah happy sempena your 3rd birthday today..
Tekunnya irfan 'mengkaji' lokomotifnya yang sedang ligat berputar dan menderu laju di depannya..(Gambar agak kabur, sebab bukan saja keretapi tu yang menderu laju, si comel ni pun menderu jugak...sat kiri, sat kanan..teruja la katakan...) Main cermat2 ye irfan..jaga baik ok..abah tak mau esok tinggal kepala keretapi jaa...ok.. :)
DOA ABAH & UMI : "Irfan, semoga ALLAH menjadikan dirimu menjadi insan soleh yang amat dinanti-nantikan umat. Semoga Keceriaanmu menenangkan umat, Kebijaksanaanmu mendidik umat, Keberanianmu mempertahankan umat serta Kepimpinanmu membawa umat ke arah kejayaan. Amin...Ya Rabbal Alamin..."



